bertukar juadah..
Unknown
August 28, 2009
4 Comments
Salam..
Rindunya pada masa dulu.. kalau dulu di tempat aku ni, hubungan antara jiran sangat rapat, tak ada hasad dengki, tak ada keji mengeji, tak ada busuk hati lebih2 lagi bila masuk bulan ramadhan, kami antara jiran tetangga akan bertukar2 juadah, aku pasti di tempak kalian semua pasti ada yang praktik kan cara ni kan??.. tapi sekarang ni dah tak ada semua tu disini.. masing2 dengan hal masing2, 'ko buat hal ko, aku buat hal aku'.
Mana yang silap agaknya.. mungkinkah peredaran angin? atau mungkin pertukaran cuaca? 'tak de kene mengena langsung'
Ingat lagi dulu, masa arwah mak masih ada.. bila masuk je bulan ramadhan, mak mesti tak lupa untuk hantarkan juadah yang di masak ke rumah jiran sebelah menyebelah. Biasanya aku dan adik2 lah yang akan jadi mangsa tukang hantar juadahnye.. tapi masa tu rasa malas membuak2, langsung tak ada rasa macam sekarang ni.. bila kami beri juadah pada jiran, jiran pula akan balas dengan juadah mereka dan tak ketinggalan juga yang beri bekas kosong je (tapi tu tak mengapa..).
Tapi sekarang ni dah tak nampak semua tu disini.. Ada ketikanya aku rindu untuk kembali pada keadaan tu.. rindu nak beramah dan bertukar2 juadah dengan jiran2 ,di bulan ramadhan ni, tapi sayang.. respond yang di harapkan tidak begitu bagus.. Pernah beberapa kali aku menghantar juadah dan kadang2 sengaja beli kuih lebih di bazaar untuk di beri pada jiran, tapi bila juadah di hantar, bukan sahaja tak bertukar dengan juadah mereka, malah bekas kosong pun tak di pulangkan.. aku bukan minta untuk di balas ye.. tapi di mana sikap kejiranan tu?? sekurang2 nya kembalikan lah bekas tu..
Apa pun, memang nampak berbeza betul dulu dan sekarang.. sejak dari tu, bila aku nak menghantar juadah pada jiran, aku hanya guna bekas biasa yang tidak memerlukan mereka untuk mengembalikan nya semula pada aku..
Dulu lebih seronok berbanding sekarang.. banyak yang dah berubah termasuk diri kita..

Ini lah die 2 bungkus maggie yang menjadi santapan kami malam tadi.. (aku makan skit je k, x leh makan maggie sangat, tak bagus tau!). Maggie ni memang biasa ada kat rumah sebagai stock kalau2 rasa malas nak memasak atau teringin nak makan maggie, tapi bukan selalu ye..
gambar atas.. hubby tengah kusyuk memasak.. sampai aku nk ambil gambar pun die marah.
Aku dan baby fatin hanya jadi penonton setia masa hubby tengah sibuk di dapur.. (sekali sekala bagi can kat aku untuk berehat dari masak heheheh) 